Apa itu Batu Karang ?
Batu karang merupakan butir-butir pepejal keras yang terbentuk di dalam air kencing. Batu tersebut boleh berlaku di mana-mana organ badan yang berkait dengan proses pembentukan dan pembuangan air kencing di dalam badan. Contohnya, buah pinggang dan pundi kencing.
Bagaimana Batu Karang Terbentuk ?
Batu karang boleh terbentuk apabila kandungan bahan bahan seperti Kalsium, Oxalate, Cysteine atau Asid Urik di dalam air kencing adalah pada dasar yang tinggi.Namun, batu karang turut boleh terbentuk jika bahan bahan tersebut masih pada kuantiti yang biasa sekiranya jumlah air kencing yang dihasilkan dalam badan seseorang itu adalah pada jumlah yang amat rendah. Bahan-bahan tersebut akan membentuk Kristal halus yang kemudiannya melekat pada dinding buah pinggang dan seterusnya membesar sehingga membentuk batu karang.
Apa punca sebenar penyakit batu karang ?
Tiada siapa tahu punca sebenar yang menyebabkan pembentukan batu karang.Namun, perubatan percaya bahawa batu karang terbentuk kerana dipengaruhi oleh faktor genetic, persekitaran, diet pemakanan, jangkitan kuman di saluran kencing dan sebagainya. Oleh sebab itu, adalah sukar untuk menjangkakan siapa yang akan mudah untuk mendapat batu karang. Malah, jika ada sesiapa yang mengalami jangkitan kuman di saluran kencing berulang kali, mereka mudah untuk mendapat penyakit batu karang.
Simptom utama dan nombor satu penyakit batu karang ini adalah rasa sakit yang teramat sangat di belakang atau pinggang.Malah, sakit ini digambarkan oleh ramai pesakit sebagai sakit yang lebih teruk daripada melahirkan anak. Ini akan berlanjutan selama 20-60minit dan dalam tempoh tersebut, penyakit ini akan datang dan pergi. Hampir semua pesakit batu karang akan ada kesan darah di dalam air kencing mereka dan ini dipanggil sebagai hematuria. Darah di dalam air kencing kadangkala boleh dilihat dari warna air kencing yang berwarna kemerahan atau hanya boleh dikesan dengan menggunakan ujian dipstick air kencing atau dilihat melalui ujian mikroskopik.
Selain itu, ramai pesakit turut merasa sakit atau rasa panas apabila kencing dan seringkali boleh nampak butiran pasir halus didalam air kencing mereka.Ada juga yang mengadu demam, menggigil.Rasa loya dan muntah-muntah apabila menghidap batu karang di dalam saluran air kencing mereka.
Apa yang bakal terjadi bila anda sakit teruk ?
Rawatan batu karang banyak bergantung pada saiz dan lokasi batu karang tersebut, kadar kesalutan dan keupayaan pesakit untuk minum. Jika doctor merasakan bahawa batu karang anda boleh keluar sendiri melalui air kencing, dan anda masih boleh menahan sakit batu karang dan boleh makan dan minum seperti biasa, maka anda boleh berehat dirumah dan menunggu batu karang tersebut keluar sendiri.
Namun, jika anda mengalami kesakitan yang teruk atau merasa loya-loya, doktor mungkin akan menahan anda dihospital dan merawat anda dengan memberi ubat penahan sakit dan memasukkan air di saluran darah anda (IV Fluids). Jika ada pesakit batu karang mengalami demam demam dan sakit teruk, mereka akan ditahan dihospital untuk rawatan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius.
Jika batu karang tetap tidak dapat keluar sendiri melalui air kencing, doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahanatau prosedur perubatan lain untuk mengeluarkan batu karang tersebut. Antaranya ialah proses Lithotrispy yang sesuai untuk batu kurang bersaiz kurang dari 1cm.
Rawatan litotrispy akan menggunakan kuasa gegaran yang dihantar melalui kulit dan organ untuk memecahkan batu karang kepada saiz yang lebih halus. Selain itu, pembedahan kecil turut boleh dilakukan dengan membuat belahan kecil dikulit untuk membuang batu karang besar didalam buah pinggang.
0 comments: