Kelemahan Diri Punca
Kegagalan,
Sikap Memainkan
Peranan Hebatnya.
Apakah halangan-halangan yang
tersembunyi pada sikap-sikap lemah?
1. SIKAP MALAS
Sifat pemalas sebenarnya bermula dari
didikan kita sewaktu masih kecil, kadangkala apabila ibubapa kita menyuruh
membuat sesuatu, kita sekuat tenaga mencari alasan untuk tidak membuatnya.
Sikap inilah menjadi punca dari sikap
pemalas. Apabila kita dewasa, sifat pemalas itu masih berada di dalam diri
kita, yang disebabkan oleh diri kita sendiri.
Puncanya sifat ini bermula dari masa
anak-anak lagi, adalah sesuatu yang menyedihkan jika kita menyimpan dendam dari
kecil tanpa mengetahui apa akibat yang kita perolehi setelah dewasa.
SENTIASA INGAT BAHAWA :
"Saya tidak akan menyalahkan sesiapa saja sebab
saya seorang yang mempunyai prinsip dan akan menanggung apa saja risiko yang
akan dihadapi".
2. MENCARI ALASAN
Sifat inilah yang merupakan sifat yang
paling berbahaya kepada setiap manusia. Ini membuatkan kita hanya mencari
alasan untuk segala masalah, perbuatan atau tingkah laku dengan menyalahkan
orang lain.
3. RENDAH DIRI
Sebahagian besar manusia memiliki
sifat rendah diri dan ini hanya merupakan penghalang untuk perkembangan diri
individu tersebut.
Tidak mudah untuk mengatasi masalah ini tetapi
cara untuk mengatasi mudah sekali. Ini merupakan proses apa yang dikatakan
sebagai yang mana kita menghadirkan fikiran kita dengan kata-kata berbentuk
positif sebagai daya inspirasi kepada kita.
Ini Amat Penting
- Ini merupakan proses apa yang dikatakan sebagai
"Self - Suggestion" yang mana kita menghadirkan fikiran kita dengan
kata-kata berbentuk positif sebagai daya inspirasi kepada diri kita.
4. KURANG DISIPLIN
Bagi untuk orang yang kurang berdisplin
walaupun dia diberi "Segunung Emas"
sekalipun ia dijadikan padang pasir dalam sekelip mata mereka akan melakukan
kerja yang tidak bersistem dan menghabiskan wang dengan cara yang tidak
bermanfaat.
5. SUKA BERTANGGUH
Sifat ini merupakan pencuri masa berharga
kita. Sifat suka mengulur-ulur atau bertangguh-tangguhkan kerja dan melakukan
apa saja yang tidak mempunyai panduan.
Seseorang yang profesional adalah
mereka yang mempunyai perancangan dan tujuan. Apabila anda meneliti bentuk dari
tugas kerja yang akan dilaksanakan, anda akan dapati semua tersusun rapi dengan
jangka masa pendek, pertengahan dan jangka masa panjang.
6. TAKUT
Menghalang kita dari menerima cabaran
orang-orang diperingkat pertengahan akan tetap berada di peringkat pertengahan
dalam kehidupan mereka sebab mereka takut pada kegagalan.
Mereka ini karang "SEMANGAT
BERJUANG" dan cepat menyerah kalah.
Apakah yang dapat saya lihat tentang diri saya
dalam masa 1 bulan lagi.
Anda melihat diri anda yang baru.
Pengakuan
- Diri saya yang baru nampak lebih hebat, saya
tidak sangka diri yang baru lebih cemerlang, ceria dan berjaya.
- Jika jawapan begini, cepatlah berubah
mencari strategi baru supaya kita tidak terperangkap oleh marah dihina. Jadilah
insan yang positif. Kuatkan minda dan jiwa dimana kita boleh berubah jika mahu.
- Sesuatu kejayaan besar akan jadi hak milik
individu yang yakin. Apabila anda YAKIN, sememangnya anda boleh BERJAYA..
- Mereka yang gagal adalah mereka yang
hanya pandai memberi alasan. Manakala mereka yang berjaya adalah mereka yang
pandai mencari penyelesaian.
- Jadi pilihlah samada anda ingin menjadi
orang yang pandai memberi alasan, atau kuat berusaha mencari penyelesaian.
TIADA SIAPA YANG
PERNAH MEMAKSA KITA MENJADI SUSAH
1) Tiada siapa yang pernah paksa
kita untuk jadi susah, sedangkan kita bolh senang mdengan memberi peluan pada
diri kita sendiri. Anda perlu "PERFECT" untuk berjaya.
2) Janji pada diri anda sendiri
tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang
anda hadapi. Jangan sesekali putus asa, anda akan mempelajari lebih banyak dari
sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda. Jangan
pula ikut cara yang sama akan membawa kegagalan yang seterusnya.
3) Kesimpulannya, kesemua
formula kejayaan ini perlu d implementasikan setiap satu. Ini adalah "BLUE
PRINT" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia juga menjadi formula kejayaan
saya.
4) Dari masa ke semasa kita
dapat melihat manusia berusaha bersungguh-sungguh unutuk mencapai tujuan,
tetapi segala usaha mereka tidak membuahkan hasil itu kerana mereka mengambil
satu langkah yang salah.
5) Tidak ada satupun kerja
dapat menghasilkan kejayaan dengan mengambil jalan
" Singkat " untuk mengatasi kelemahan, terlebih dahulu kita harus
memastikan apakah kelemahan tersebut, dari mana datangnya, bagaimana ianya
menggangu aktiviti kita seharian, apa manfaat-manfaat yang kita perloehi jika
kita dapat mengatasi kelemahan itu dan yang terakhir barulah kita dapat mencari
dan tahu bagaimana mengatasi kelemahan tersebut.
0 comments: