Kita semua ketahui bahawa 70-75% daripada tubuh badan manusia terdiri daripada air termasuk setiap sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila pesakit menyebut sebutan-sebutan yang diberikan untuk penyembuhan, mengeluar dan memindahkan penyakit, kuasa sebutan ayat perubatan itu akan mengubah molekul-molekul dan setiap sel-sel didalam tubuh badan pesakit. Apabila air didalam sel-sel itu bertukar struktur molekul dengan sebutan-sebutan tadi, maka dengan sendirinya sel-sel itu menjadi lebih sihat.Ini meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan sehingga boleh membawa keluar sesuatu penyakit, benjolan atau bengkak dari badan pesakit.
Bila sistem ketahanan tubuh badan meningkat, dengan sendiri ini membolehkan tubuh badan pesakit menentang segala kuman atau virus yang menjadi punca kepada penyakit yang dihadapi. Oleh sebab itu, air tersebut akan dicampur dengan 600 bahan lain mengikut keperluan penyakit agar air yang diminum benar-benar menjadi rawatan yang berkesan. Kami telah buktikan kebenaran ini melalui perubatan kuasa gelombang suara.Konsep ini juga digunakan untuk melawan sel-sel abnornmal yang menjadi punca kepada penyakit-penyakit seperti kanser (barah) dan sebagainya.Percayalah, apabila air dibacakan dengan ayat-ayat sains yang bersifat meminta penyembuhan, ia menjadikan air itu berbeza dan inshaaAllah sebagai ubat. Kehebatan sebutan memang terbukti sejak sekian lama.Kandungan ayatnya adalah senjata yang paling mujarab dan rahmatnya melimpah ruah umpama sumber mata air yang penuh dengan nur dan hidayah.Kuasa gelombang sebutan mempunyai pelbagai kelebihan dan memacu kehidupan manusia kepada kebenaran selain bermanfaat untuk kesihatan.Terdapat hikmah, nur, penawar yang terlalu banyak dan hebat didalam sebutan.Terdapat banyak rahsia penawar didalam sebutan yang belum digali dan diteroka sepenuhnya. Bahkan setiap huruf dalam sebutan (contoh : ayat al-Quran) ada penawar dan kelebihan tersendiri.
Keupayaan sebutan atau doa untuk melakukan pembedahan penyakit atau pembuangan gangguan atau mengubah wajah menjadi manis dan bercahaya berdasarkan hukum naturepathic.
Kuasa suara secara sederhana merupakan suatu bentuk sains spirituality yang secara tidak langsung merupakan salah satu bentuk penyembuhan.
Dalam kajian kedoktoran naturepathic, bentuk penyembuhan dengan sel kuasa suara dikenali sebagai (distance healing). Kuasa suara merupakan kegiatan pemusatan perhatian dan hajat kuasa suara sebutan menghantar beberapa bentuk energy ke dalam tubuh (energy metabolic, energy bio elektrik, energy biofotomik, energy magnetic) untuk memastikan tubuh badan berada dalam tindak balas yang telah dirancang.
Energy metabolic yang dihasilkan oleh kuasa suara sebutan sebenarnya terletak dan terbentuk dalam sel yang kemudiannya berfungsi sebagai bahan bakar dalam tubuh, meningkatkan fungsi dasar proses dalam sel. Keutamaan energy ini untuk mengatur regenerasi sel-sel tubuh sehingga ketahanan tubuh meningkat.
Energy bio elektrik yang dihasilkan oleh kuasa gelombang suara sebutan terletak dalam alur tansmisi sel-sel suranan saraf dan sel-sel otot di seluruh tubuh. Energy ini akan meningkatkan sistem komunikasi antara sel tubuh (regulasi otonomik) sehingga pergerakan sel terutama pada sel darah akan lebih baik dan maklumat yang disalurkan oleh sel otak akan lebih optima sehingga kewaspadaan seluruh sel tubuh lebih terjaga.
Energi Bio Fotonik yang terdapat pada ayat-ayat pilihan dibawah kuasa gelombang suara, wujud dalam seluruh inti sel. Ia berperanan penting dalam mengaturkan system PNI (Psychoneuro – Immunology) yang berfungsi menyeimbangkan psycho (jiwa) neuro (otak) dan immune (kekebalan tubuh). Keseimbangan system ini sangat penting untuk menyampaikan pesanan hormonal ke seluruh tubuh badan.
Manakala energy magnetic dalam tubuh berfungsi sebagai energy pembedahan semulajadi yang terdiri dari lebih kurang enam bentuk energy asas yang mempunyai fungsi dan perananan yang berada antara satu sama lain. Secara umum, energy magnetic dalam kuasa suara akan berperanan sebagai penghantar nutrisi ke jaringan dan organ tubuh, meningkatkan proses pembiakan dan pertumbuhan sel sehingga ia mampu membawa keluar dalam hitungan waktu cahaya sesuatu yang tidak hormol dari tubuh badan.
Energy ini memang benar dan mempunyai peranan yang sangat penting dalam proses mengeluarkan penyakit dan gangguan.
0 comments: