Kuasa
Kehebatan Sikap
Negara kita menghadapi banyak masalah dalam pembangunan pada semua aspek pembangunan ekonomi menempuh berbagai-bagai cabaran yang memerlukan banyak pengorbanan dari semua pihak pembangunan pendidikan dan pelajaran juga terdapat halangan yang juga memerlukan kebijaksanaan dan pandangan jauh.
Pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu lebih banyak rintangan yang memerlukan banyak tenaga, usaha, toleransi dan persefahaman untuk membentuk perpaduan.
Dalam kontek ini, pekerja mahupun pelajar perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya. Mempunyai tugas dan tanggungjawab. Oleh itu perkerja mahupun pelajar perlu sedar tentang tanggungjawab dan harapan yang disandarkan pada mereka dalam meniti ranjau yang penuh dengan cabaran, keterampilan sahsiah, sikap dan keserfahaman ilmu merupakan persiapan penting dalam mematangkan mereka.
Dunia telah menyaksikan dan sejarah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia "program membina sikap" memainkan peranan penting di dalam menetukan kegemilangan dan kejatuhan sesuatu tamadun. Oleh itu konsep keperibadian unggul adalah satu elemen penting yang perlu ada pada diri golongan sasaran dalam mengurus kecemerlangan.
Lantaran itu, melalui kehebatan elemen sikap seperti penampilan, pengorbanan, keperibadian dan keberanian boleh dijadikan sebagai contoh kecemerlangan kepada masyarakat.
Golongan pekerja mahupun pelajar sekolah harus bangkit dan sedar tanggungajawab untuk mencipta kecemerlangan. Budaya-budaya negatif seperti terlalu bergantung kepada seseorang, selalu mengharap bantuan, sikap sambil lewa, budaya cukup makan, tidak mahu mencari rezeki lebih, mudah berpuas hati dan sebagainya harus diubah dengan sikap baru seperti rajin berusaha, gigih berkeyakinan diri, berfikiran positif, berpengetahuan tinggi dan sebagainya.
0 comments: