MOLEKUL AIR


Rahsia Keindahan Molekul Air

Dr Masaru Emoto dari university Yokohama, Jepun telah mendedikasikan hidupnya untuk mengkaji akan perubatan-perubatan molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati bahawa apabila air didedahkan kepada kata kata, tulisan dan pusaran yang berbentuk positif, air air tersebut membentuk molekul yang terbentuk Kristal indah.

Dalam salah satu eksperimen yang beliau lakukan, air yang telah didedahkan kepada sebutan sebutan dalam agama Shinto dan kemudiannya dibekukan, didapati mempunyai molekul-molekul yang berbentuk Kristal bersegi enam dan kelihatan cukup indah.

Eksperimen tersebut diulangi dan sebutan “Arigata” (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan didepan botol air tadi.Hasilnya, terbentuklah molekul air Kristal yang sagnat indah. Keputusan sama turut berlaku apabila air tersebut dihadapkan dengan tulisan huruf Jepun (Arigato).

Dr Masaru turut mendedahkan air kepada bacaab-bacaan sebutan mengikut agama suci islam. Hasilnya, molekul-molekul air tersebut membentuk Kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah. Beliau turut menggunakan air zam zam dan mendapati air zam zam terdiri daripada molekul air yang bercabang-cabang dan berkilauan.Itulah kuasa Allah S.W.T.

Eksperimen turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Didapati apabila air tersebut didedahkan kepada perkataan “syaitan” dan muzik “heavy metal”, didapati molekul-molekul air tidak mempunyai sebarang bentuk, hancur dan buruk dipandang.

Ternyata, air boleh mendengar, membaca dan memahami kata-kata dan doa yang berbentuk positif, molekul-molekul tersebut berinteraksi dan berubah kepada bentuk Kristal yang indah dan jika pendedahan negatif diberikan kepada air, molekul molekul akan berbentuk hancur.

Dalam perubatan islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah merupakan satu aspek yang penting. Air-air penawar tersebut kebiasaannya dibacakan surah al-Fatihah atau ayat-ayat suci al-Quran yang tertentu da nada kaitan dengan penyakit yang dialami oleh pesakit. Malah, selepas pesakit membaca ayat-ayat al-Quran ini, pesakit dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah SWT untuk penyembuhan dan doa doa ini turut dibacakan ke air penawar tersebut.

Teori Dr Masaru Emoto mengenai perubatan molekul air boleh menerangkan akan kemujaraban air-air penawar yang telah dideahkan kepada bacaan ayat ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat-ayat suci al-Quran ke atas air penawar tersebut menyebabkan molekul-molekul air tersebut berubah kepada bentuk Kristal yang indah dan memberi kesan positif kepada tubuh badan yang meminum air penawar tersebut.

Rahsia Air Zam Zam
Rahsia kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia kaabah disingkap.Dibawah empat penjuru (empat segi) bentuk kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat alkali.Itulah dia air zam-zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang pergerakan yang harus diniatkan dengan niat yang baik seperti memohon keampunan, murah rezeki, penyembuhan dari segala penyakit, keinsafan dan sebagainya.

Di sekitar dataran kaabah dan masjidil haram, air zam-zam merakam segala niat para jemaah yang benar-benar ikhlas beribadat, dan niat mereka yang rajin memohon ampun dan taubat. Setelah seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan ke kanan, maka disitu berlakulah tresonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) yang memberikan kesan positif terhadap tubuh badan setiap muslim yang melakukan ibadah tawaf. Jemaah akan merasakan tenang, lapang dan hening.
Segala doa-doa dari para ribuan Jemaah setiap hari yang mengelilingi kaabah semasa melakukan ibadah tawaf yang dilakukan hampir 24jam tanpa henti kecuali pada waktu solat fadhu, dan segala ibadah lain seperti membaca ayat al-Quran dirakamkan oleh molekul-molekul air zam-zam yang mengalir dibawah struktur bangunan kaabah itu sendiri. Ini yang membentuk keindahan molekul air zam-zam yang sungguh indah dan terpesona bila kita bandingkan dengan molekul air yang lain.
Penggunaan air, tepung, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis herba sebagai bahan pembedahan dan penawar penyakit kronik

0 comments:

Powered by Blogger.