GELOMBANG SUARA

          Di dalam ilmu fizik yang wujud dalam gelombang suara, sesuatu bahan hidup atau mati mempunyai atom yang sentiasa berada dalam keadaan “bergetar”.Peraturan dinamik atau “The Law of Dynamics” menjelaskan bahawa semua jisim berada dalam keadaan bergetar (dinamik).Getaran asas ini dinamakan Gerakan Asas Harmoni “Simple Harmonic Motion”. Setiap getaran mewujudkan gelombang yang bertenaga dan medan elektromagnetik.
  Tenaga gelombang adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat tetapi boleh dirasai dan boleh dikesan, contohnya ribut dan taufan yang boleh dirasakan dan boleh dilihat sehingga memberikan kesan kepada manusia dan alam. Medan tenaga gelombang dalam kuasa suara atau sebutan yang tidak boleh dilihat ini dinamakan “Aura” atau “Medan Elektromagnetik”.

Kekuatan sesuatu aura atau medan elektromagnetik pula bergantung kepada kekuatan gelombang yang dihasilkan oleh sesuatu bahan (contoh: teknik kuasa gelombong kelangan) kerana sesuatu bahan dan ciptaan Allah SWT mempunyai kekuatan tenaga dan fungsi sehingga terbukti tanpa peralatan, tanpa pemotongan, tanpa ubat, tanpa suntikan, sesuatu proses pemindahan dalam badan mampu dilakukan dengan serta merta.

Revolusi perkembangan teknologi gelombang (HF) bukanlah penemuan yang baru, kerana pada akhir abad ke 18, seorang pakar fizik bernama Dr Abram beranggapan bahawa manusia bukan hanya mempunyai bentuk fizikal sahaja, tetapi mempunyai tenaga hayat (VITAL FORCE) atau tenaga gelombang.

Perubatan Holistik adalah satu-satunya rawatan yang menggunakan teknologi gelombang (HF) dan teknologi DNA yang melalui proses rawatan pancaran ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang telah dikodkan. Pengekodan ini diambil dari bahan-bahan yang telah diuji keberkesanannya bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf tulang, perkumuhan, endokrin, pembiakan dan sistem otak.

Pengekodan ini juga diambil dari bahan yang mempunyai nilai-nilai spiritual yang tinggi seperti sebutan dalam doa-doa mustajab dan ayat-ayat suci al-Quran. Sebagai bandingan, aplikasi atau sistem kod dalam teknologi gelombang (HF) ini samalah dengan penggunaan pengekodan yang diguna pakai dalam sistem telekomunikasi pada hari ini.

BAGAIMANA AURA GETARAN GELOMBANG TERBENTUK
               Setiap sesuatu yang wujud di alam ini semada , batuan ,manusia , haiwan , tumbuhan dan lain-lain , adalah terhasil dari kesatuan berbilion-bilion sel atau atom yang membentuk menjadi sesuatu objek . Atom terdiri dari elektron-elektron negatif dan proton-proton positif , proton dan elektron ini adalah getaran letrik dan magnet proton bergerak mengelilingi inti . Sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton . Ruang dimana atom bergerak digelar sebagai ruang medan tenaga (energy field) . Medan tenaga ini memancarkan cahaya (invisible light spectrum) atau lebih dikenali sebagai Aura . Lapisan Aura getaran gelombang ini dimiliki oleh semua manusia cuma ketebalannya berbeza mengikut cara dan gaya kehidupan seseorang.
            Adakalanya Aura seseorang hanya mengelilingi sekitar tubuhnya sahaja , ini adalah lapisan yang normal bagi seseorang yang sihat dan seimbangan peribadinya , ada juga yang menjagakan puluhan bahkan ratusan kilometer . Menaungi dan memberikan tenaga , semangat dan kekuatan kepada orang dan pelbagai hidupan disekelilingnya . Kehadirannya memberikan kebaikan kepada sesiapa yang memandangnya , menghadirkannya dan menghampirinya.Dengan izin ALLAH , memanggil melalui kuasa suara sebagai contoh mampu mewujudkan situasi mengeluarkan apa jua dari badan sebagai mana telah disyaratkan melalui sebutan.
           Aura naturopathic adalah ilmu umum , tidak terikat dengan mana-mana doktor ataupun agama . Kenyataan ini adalah tepat dan sahih . Cuma Aura gelombang ini memerlukan aplikasi gerak kerja sebutan untuk memantapkan dan mengimbangkan potensinya supaya dapat menjadi lapisan perisai yang sangat kukuh apabila air digunakan bagi tujuan tertentu sehingga berlaku pembedahan semulajadi . Kita sebagai muslim , sudah pastilah kita beribadah mengikut cara islam . Aqidah kita hanya pada ALLAH , tiada selainNya. Bahkan dia dalam islam adalah medium terbaik memajukan dan melaksanakan sesuatu kerja pembedahan atau membuang sesuatu punca penyakit biarpun hanya dengan menguasai air . Kuasa suara dapat menguasai air dan air dengan perubahan kristal mampu bertindak pintar melalui Aura yang semakin banyak akibat kuasa gelombang suara . 
          Kerana itulah ibadahkan yang kita lakukan , pastinya memerlukan sebagai contoh unsur air (yang memegang unsur tenang , sejuk dan mendamaikan) iaitu wudhu sebagai "Cleaning" yang terbaik untuk sistem tubuh serta sistem antena energi tubuh iaitu bulu roma dan rambut. Wudhu dan niat hanya kerana ALLAH adalah syarat yang penghantaran energi yang mantap dan pantas ke dalam sistem tubuh melalui medium air yang menyucikan kotoran fizikal , dosa dan tenaga negatif . Sesungguhnya wudhu adalah bersifat takhali (pembersihan), membersihkan dari tenaga yang negatif yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kejiwaan dan masalah kesihatan fizikal . 
        Setiap bacaan ayat suci al-Quran dan Zikir yang diungkapkan , sebenarnya menghasilkan getaran gelombang tenaga yang positif disekitar kita melalui molikul wap-wap air dan oksigen setiap dengungan bacaan . nyaringan sebutan dalam bacaan tersebut akan menggetarkan sel tubuh badan , dan mengenergikannya .

0 comments:

Powered by Blogger.